tokoh-tokoh tamadun islam
Tokoh-tokoh tamadun Islam
Ibn Khaldun( 1331M-1404M )
- Nama Sebenar: Abdul Al-Rahman Ibn Muhammad Ibn Khaldun Al-Hadrami
- Kelahiran: Tunisia pada tahun 732H/1332M
- Wafat: 17 1406 (pada umur 73 tahun)
- Karier: seorang sejarawan muslim dari Tunisia yang sering disebut sebagai bapa ilmu histografi, sosiologi, dan ekonomi
- Karya: Al-Muqaddimah, Kitab al-'ibar, at-Ta'riff, Lubab al-Muhassal fi Ushul ad-Diin
- Bidang Ilmu: Al quran, tafsir, hadith, usul fiqh, tauhid, fiqh mazhab maliki, ilmu nahu dan sorof, ilmu balaghah, fizik dan matematik
- IbnKhaldun Tekun dalam menuntut ilmu walaupun sibuk menjalankan tugas pentadbiran. Mempelajari ilmu-ilmu agama seperti fikah, tafsir, hadis dan ilmu-ilmu naqli seperti logik, falsafah, matematik dan bahasa Arab. Pemikir Islam terulung dalam bidang sejarah, sosiologi, politik dan agama Menyertai bidang politik sehingga pernah dipenjarakan akibat fitnah oleh orang yang cemburu melihat beliau sering berdamping dengan pemimpin.
Sumbangan
PENGLIBATAN DALAM AKTIVITI SOSIAL DAN POLITIK
- Beliau pernah menyandang beberapa jawatan dan pernah berkhidmat dengan beberapa orang pemerintah di Utara Afrika dan di Andalus.
- Banyak menyandang jawatan penting seperti Setiausaha Negara di Istana Sultan Abu Ishaq bin Abi Yahya dan Sultan Abu Annan; Anggota Majlis Ilmiah; Anggota Jabatan Setiausaha Sulit Sultan Salim bin Al-Hassan di Fez, Maghribi; Duta Granada; Perdana Menteri (Hajib) Bougie dan Ketua Hakim ( Qadhi Al-Dudhah).
- Jawatan tersebut memberi peluang untuk berkhidmat kepada negara dengan lebih berkesan.
KARYA AGUNG IBNU KHALDUN
- Al-Muqaddimah merupakan karya agung Ibnu Khaldun dalam bidang pensejarahan.
- Mengikut B. Lewis, buku ini merupakan ensiklopedia sintesis mengenai metodologi sains kebudayaan.
- Membahaskan secara terperinci tentang sejarah dan persejarahan.
- Buku ini setebal lebih kurang 700 muka surat.
- Isi kandungan terbahagi kepada dua: Asasi dan tidak asasi.
- Bahagian asasi- disiplin falsafah, falsafah sejarah dan falsafah sains sosial.
- Bahagian tak asasi- geografi, kebudayaan, poliltik, agama, peradaban dan ilmu pengatahuan.
Bab 1- risalah umum tentang masyarakat dan pertumbuhan manusia
Bab 2 - kehidupan desa masyarakat badwi atau primitif
Bab 3- mengenai negara, pemerintahan raja dan institusi khalifah
Bab 4- tentang perkembangan kota-kota dan negeri-negeri serta cara-cara
membezakan satu kota dan kota lain
Bab 5- ekonomi penduduk sesuatu tempat
Bab 6- cara mempelajari ilmu pengetahuan dan pendidikan
- Buku ini merupakan percubaab awal ahli sejarah untuk memahami perubahan yang berlaku pada organisasi politik dan sosial manusia. Menjadi satu bahan kajian yang menarik kerana pendekatan yang rasional, kaedah serta perbahasan yang analitikal dan terperinci.
Al-Khwarizmi (780M-850M) - Bapa Matematik Moden
- Nama Sebenar : Muhammad Ibn Musa al-Khawarizmi @ Abdullah Muhammad bin Ahamd bin Yusoff
- Kelahiran : Tidak diketahui
- Keturunan : Parsi dilahirkan di Bukhara (zaman kegemilangan al-Khawarizmi)
- Karier : Seorang ahli sains Islam terulung dalam bidang matematik, astronomi dan geografi
- Karya : Mafatih al-Ulum, Al-Mukhtasar fi Hisab al-Jabar wa al-Muqabalah, Al-Jabr wa al- Muqabalah, Al-Jami wa al-Tafsir bi Hisab al-Hind dan Hisab al-Jabr wa al- Muqabalah.
- Bidang Ilmu : Bidang falsafah, logik, aritmetrik, geografi, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia.
PENDIDIKAN
1. Al-Khawarizmi sebagai guru aljabar di Eropah.
2. Beliau telah menciptakan pemakaian Secans dan Tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.
3. Dalam usia muda beliau bekerja di bawah pemerintahan Khalifah al-Ma'mun, bekerja di Bayt al- Hikmah di Baghdad.
SUMBANGAN
BIDANG MATEMATIK
- Mempunyai kepakaran dalam ilmu matematik dan diiktiraf oleh pemerintahan Abbasiyah seperti Khalifah al-Ma'mum dan Khalifah Harun al-Rashid.
- Beliau telah dilantik sebagai pakar matematik dan ahli akademik matematik di Baitul Hikmah oleh Khalifah Harun al-Rashid.
- Beliau juga dilantik sebagai Pengarah Arkib Buku di Perpustakaan istana oleh Khalifah al-Ma'mum.
- Sumbangan terbesar beliau ialah memperkenalkan sistem nombor yang digunakan sehingga kini iaitu 0,1,2,3,4,5,6,7,8 dan 9.
- Al-Khawarizmi merupakan orang pertama memperkenalkan angka sifar dan perpuluhan dalam ilmu matematik. Penggunaan angka inilah akan terbitnya nombor yang mencapai infiniti.
- Buku kaedah aritmetrik al-Jabar ini telah diterjemahkan ke bahasa Latin dan telah menjadi rujukan di universiti-universiti di Eropah pada abad ke -12M hingga 13M.
- Beliau mencipta ilmu-ilmu baru di Aritmetrik. Antaranya ialah istilah pemboleh ubah kuasa, pemboleh ubah dan pemalar yang digunakan sehingga kini.
BIDANG ASRONOMI
- Ahli Falak Diraja dan sangat berjasa dalam bidang falak(astronomi) pada zaman Khalifah al-Ma'mum di Baghdad.
- Mengkaji pelbagai aspek dari sudut gerhana sehingga ke fasa-fasa bulan.
- Memperkemaskan semula ilmu astronomi dan membetulkan pelbagai pandangan Ptolemy.
BIDANG GEOGRAFI
- Saintis pertama yang melakar peta dunia pada tahun 830M.
- Hasilkan kertas kerja tentang Ptolemy tentang Geografi.
- Mengemukakan beberapa koordinat di Laut Mediterranian, Asia dan Afrika.
Comments
Post a Comment